Bismillahirrahmannirrahim....
Salam pertemuan saya ucapkan kepada kawan-kawan semua. Alhamdulillah pada saat ni saya dh hampir satu bulan berada di Bumi Anbia, Jordan. Keadaan di sini alhamdulillah, baik.
Sebagai pelajar pengkhususan Ekonomi dan Perbankan Islam, saya selalu memerhati dan berfikir tentang masyarakat di bumi Jordan ini dari sudut ekonomi tentunya.
Dan kadang-kadang buat saya berfikir tentang sumber dan kebergantungan ekonomi Jordan. Jordan adalah salah sebuah negara yang kecil di Timur Tengah yang berhadapan dengan masalah kekurangan sumber-sumber utama seperti air, minyak dan sumber semulajadi yang lain. Dalam seminggu pasti ada masalah kekurangan air di sini. Air minum pun kena beli, jauh beza dengan Malaysia ( dari sudut sumber airnya ) . Dengan kekurangan ini Jordan terpaksa bergantung kepada sumber air dari negara lain seperti Syria, Israil dan Mesir.
Sumber ekonomi Jordan adalah dari pertanian, industri, pendidikan dan perlancongan. Tapi banyak manalah sangat hasil yang diperoleh dari sumber-sumber ni.. Hinggakan satu ketika Bank Dunia pernah mengkatogerikan negara ini sebagai 'negara dengan pendapatan sederhana terendah' Haaaaa...macam mana tu..
Jordan juga membuat pinjaman melalui IMF. Bila dah sain kontrak dengan IMF ni kesannya dah tentu pada kestabilan ekonomi. Hutang yang sentiasa berganda dengan faedahnya sekali. Kena pulak patuh pada 'pengurus IMF' iaitu US, anak angkat si Israel tu..maka akhirnya tertindas la segala khazanah dan ekonomi negara Jordan ni..
Bukan IMF je bertindak bagai jerat pada negara ni, Jordan juga ada membuat perjanjian perdagangan bebas dengan US yang kita kenali sebagai FTA. Dengan perjanjian ini sebenarnya ekonomi Jordan terjerat.
Para peniaga di sini tidak dapat menyaingi produk-produk dan perkhidmatan setanding dengan negara maju seperti US. Kemasukan produk-produk dari US sebenarnya telah bertindak bagai racun kepada ekonomi Jordan..
Paling nyata di Jordan ini segala kegiatan ekonomi ditentukan secara sembunyi dan tidak sedar oleh US. Maka US dengan pengaruh Zionisme telah menguasai Jordan sebenarnya. Maka jadilah Jordan salah sebuah negara Arab Islam yang mengiktiraf Israel. .
Barang-barang yang dijual di sini kebanyakannya mengikut 'trend' Barat. Dari makanan hinggalah kepada pakaian dan kenderaan.
Masyarakat pun teracun dengan imperialisme Barat melalui jalan ekonomi ini. Fikiran masyarakatnya diracun,suka tiru gaya orang Barat yang sebenarnya langsung tidak mengakui 'keBaratan' mereka...pergaulan bebas..pakaian yang mendedah aurat..hinggalah kepada sistem kewangan yang tidak Islami. Akhirnya Islam lemah di tanah sendiri. Bertepuk tanganlah US, Israel...kita umat Islamlah yang sentiasa duduk dibawah, ditindas, diancam..
Dalam diam sebenarnya US dan konco-konconya telah menakluk Jordan. Inilah yang kita katakan sebagai penjajahan bentuk baru..imperialisme moden..imperialisme melalui ekonomi...fikir-fikirkanlah...

Rujukan :-
1. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/print/jo.html
2. http://www.jordanusfta.com/economy_jordan_en.asp
3. http://globaledge.msu.edu/countryInsights/economy.asp?countryID=24®ionID=3
4. http://www.ameinfo.com/news/Jordan_Focus/
1 comments:
Sekadar muzakarah : Sistem kapitalis memang sifatnya begitu zalim, tahukah kita bagaimana instrument utama imperialisme Yahudi. Melalui penciptaan wang kertas ? Kita patut mengunakan semula dinar dan dirham , dan bukan menggunakan fatwa Al Qaradhawi yg sudah outdated. Ulamak muasirah sekarang tidak faham asal usul wang kertas, hujah mereka hanyalah hujah urf kerana semua orang memakainya jadi ia halal. Ini bukan hujjah dan dalil sunnah. Ini masuk perangkap Yahudi. Tak heranlah Bank - bank barat pun ada kaunter, kerana kita serupa istilah sahaja berbeza. Kami pakai interest kamu guna keuntungan. Kami guna istilah pinjaman , kamu guna jualbeli (berselindung) untuk halalkan pinjaman. Jadi dinar dan dirham sudah hilang kerana kamu anggap sudah outdated kerana orang dah tak pakai dah. Tahukah kamu pakej stimulus Obama berjumlah trillion dollar, dari mana duit itu datang, chop atas angin tanpa sandaran, apa hukumnya ??? Bank - bank yg banyak telah bangkrup mengunakan FRACTIONAL RESERVE BANKING apa hukumnya ??? Adakah halal ? Pengajian muamalat Islam bukan sekadar mencari kaedah menghalalkan sistem kapitalis barat dengan mengislamkan BANK,INSURAN,BON,PINJAMAN dan sebagainya. Kaji balik sistem Islam, dinar,dirham, wakala, syirkah, suq. Dari zaman Rasulullah s.a.w kita hingga akhirnya Khilafah Othmaniah kita makmur tanpa bank, insuran, dan wang kertas. Sekian wassalam Ustaz Rafidi Hashim www.dirham2dinar.com
Post a Comment